Friday 16 November 2012

Gaza

Bila bencana melanda Gaza di awal Muharam. Kita doakan semoga Allah selamatkan para pejuang.

Buluh Kuning

Percubaan pertama sketch buluh kuning dari bilik tidur.

Sunday 11 November 2012

The root bridges of Cherrapunji

Saya melihat gambar asal ini dari sebuah blog berkenaan jambatan yag terhasil dari akar-akar kayu dan usianya sudah tua. Klik The root bridges of Cherrapunji untuk melihat gambar foto dan bagaimana ianya terjadi atau dihasilkan.

Tuesday 6 November 2012

Mata Kucing


Percubaan seterusnya adalah melukis mata kucing. Memang susah tetapi seronok. Ingat kucing kat rumah yang manja dan gebu.

Saturday 3 November 2012

Nasi Ayam

Sambil menunggu anak-anak shopping saya ambil kesempatan lakarkan kedai nasi ayam bersebelahan. Masa awal-awal dulu nasi ayam hanya ada di kedai makan Cina sahaja. Sekarang bila ada nasi ayam halal mudah sikit orang Islam nak makan roasted chicken, ayam berempah dan macam-macam lagi yang ada dalam menu. Chicken Rice Shop jenama yang tidak asing lagi. Tetapi kalau buat sendiri pun sedap juga.

Friday 2 November 2012

Bekal buah

Bekal buah dan makan di pejabat. 

Sejadah

Calitan-calitan warna menghasilkan sejadah di sudut bilik. Mengingatkan saya beberapa sejadah yang diberikan oleh sahabat dan digunakan sampai sekarang. Semoga mereka mendapat limpahan pahala dari pemberian ikhlas ini.