Friday 16 November 2012

Gaza

Bila bencana melanda Gaza di awal Muharam. Kita doakan semoga Allah selamatkan para pejuang.

Buluh Kuning

Percubaan pertama sketch buluh kuning dari bilik tidur.

Sunday 11 November 2012

The root bridges of Cherrapunji

Saya melihat gambar asal ini dari sebuah blog berkenaan jambatan yag terhasil dari akar-akar kayu dan usianya sudah tua. Klik The root bridges of Cherrapunji untuk melihat gambar foto dan bagaimana ianya terjadi atau dihasilkan.

Tuesday 6 November 2012

Mata Kucing


Percubaan seterusnya adalah melukis mata kucing. Memang susah tetapi seronok. Ingat kucing kat rumah yang manja dan gebu.

Saturday 3 November 2012

Nasi Ayam

Sambil menunggu anak-anak shopping saya ambil kesempatan lakarkan kedai nasi ayam bersebelahan. Masa awal-awal dulu nasi ayam hanya ada di kedai makan Cina sahaja. Sekarang bila ada nasi ayam halal mudah sikit orang Islam nak makan roasted chicken, ayam berempah dan macam-macam lagi yang ada dalam menu. Chicken Rice Shop jenama yang tidak asing lagi. Tetapi kalau buat sendiri pun sedap juga.

Friday 2 November 2012

Bekal buah

Bekal buah dan makan di pejabat. 

Sejadah

Calitan-calitan warna menghasilkan sejadah di sudut bilik. Mengingatkan saya beberapa sejadah yang diberikan oleh sahabat dan digunakan sampai sekarang. Semoga mereka mendapat limpahan pahala dari pemberian ikhlas ini. 

Wednesday 31 October 2012

Superstorm Sandy

Superstorm Sandy hit New York on 30th October 2012. Kemusnahan harta benda dianggarkan berbilion ringgit. Angin kencang. Banjir. Rumah ranap dan terbakar. Bekalan elektrik terputus. Ada kematian. Bursa saham ditutup. Pengistiharan darurat. CNN membuat laporan berterusan.

Warna kehidupan


Sebanyak mana warna yang kita buat, hitam juga jadi tumpuan. Ini disebabkan kita letakkan hitam di tengah-tengah frame. Jika kita tidak mahu jangan lukis hitam itu! Dalam hidup kita tidak perlu hitam ini. Jadi jangan hitamkan hidup kita.

Orang suka melihat negatif dalam diri kita. Orang suka bercakap keburukan kita. Orang suka menyebut kecacatan kita. Orang suka membesar-besarkan kelemahan kita. Mereka tidak nampak warna-warna positif dalam kita. Walaupun banyak mereka memang tidak nampak. Kerana mereka mencari hitam. Kita akan jumpa apa yang kita cari.

Bawang Siri 1

Bawang Besar ini kalau dihiris pedih mata kita. Ia penyedap makanan. Ramai yang suka menggunakan tetapi tidak ramai yang tahu menanam untuk dapatkannya. Kita hanya tahu bawang ini dari India atau dari Belanda. Zaman-zaman dulu ramai juga orang kampung yang ke pantai mengutip bawang yang dibuang dari kapal-kapal dagang. Bawang-bawang yang busuk atau hampir busuk dikupas hingga bersih supaya dapat digunakan. Ada juga yang kutip dan jual kepada kedai runcit dengan harga murah. Harga bawang sekarang turun naik.Selalunya bila murah kita tidak perlu tetapi bila mahal kita masa tuulah hendak masak macam-macam. Emmp ingat cerita bawang merah bawang putih? kalau tidakpun ingat pada daun bawang. Paling baru ada juga shampoo bawang. Macam manalah bau shampoo tuu.

Monday 29 October 2012

Saturday 27 October 2012

Biji kelapa sawit

Semalam pergi ke I-City bersama keluarga. Di sana ada Galery Trick Art Museum. Pagi ini cuba lukis sesuatu yang boleh jadi 3D tetapi nampak gaya masih 2D. Banyak kena belajar ni.





Sent from Samsung Galaxy Note

My bag


My bag. Sketch yang tidak ikut kebiasaan. Beg terbalik.





Sent from Samsung Galaxy Note

Betulkah apa yang mereka cakap ni!


Macam-macam kita dengar orang cakap tentang macam-macam hal sampai kadang-kadang terkeluar perkataan ini. "Betulkaa apa yang mereka cakap ni!





Sent from Samsung Galaxy Note

Tak nak takut


My fist sketch for this blog. Bila anak-anak buah nak tengok sangat cerita hantu. Ada yang menjerit bila tiba-tiba hantu keluar dalam skreen. Jadi dapat idea ini dari buku kartoon yang ada di tangan, lukis balik cara saya mengatakan "tak nak takut!"